Monday 16 May 2011

Sumber Produk

Hampir semua produk yang di gunakan di Keramat Lekor Sdn Bhd adalah dikeluarkan oleh kilang kepunyaan pemilik sendiri iaitu ANM FOOD INDUSTRIES SDN BHD. Modal operasi kira-kira RM300,000.00 telah dikeluarkan sendiri oleh pemilik untuk membangunkan kilang yang sedia ada ini.

Terdapat lebih 20 jenis keropok dari pelbagai hasil-hasil laut yang dikeluarkan oleh kilang ini seperti keropok lekor kecil, lekor besar, crispy, original crispy (O.C), Oc King, keropok nipis dan banyak lagi . Sumber bahan mentah diperolehi dari pengeluar-pengeluar yang besar yang terletak di serata Semenanjung Malaysia adalah bersih dan segar.

Peningkatan jumlah permintaan produk yang mendadak buat masa ini menyebabkan kilang yang terletak di Subang ini sudah tidak dapat menampung jumlah permintaan, pekerja dan peralatan. Permintaan yang terlalu tinggi adalah satu faktor utama mengapa kilang yang lebih luas diperlukan. Waktu operasi juga telah di lanjutkan kepasa 2 shift untuk menampung masalah ini tetapi tidak berjaya juga memenuhi permintaan.  

No comments:

Post a Comment