Saturday 21 May 2011

Keropok Lekor Sdn Bhd


KLSB merupakan sebuah perniagaan yang mengilang dan membekalkan perlbagai jenis keropok basah dan kering. Memandangkan perniagaan keropok ini berpotensi tinggi untuk berjaya dan mampu memasuki pasaran yang lebih besar, KLSB telah menggunakan strategi pemasaran dengan memberi peluang agen-agen syarikat menubuhkan perniagaan mereka secara francais. Antara agen-agen KLSB ialah :


1) Kg. Datuk Keramat, KL ( HQ )
2)Pasar Datuk Keramat, KL
3)Pasar Chow Kit, KL
4)Pantai Dalam, KL
5)Taman Dato’ Harun, Petaling Jaya
6)Pasar Taman Seri Muda, Shah Alam
7)Pasar Bukit Beruntung
8)Sg. Besi
9)Pasar Kajang
10) Ipoh, Perak
11) Tanjung Malim, Perak
12) Grik, Perak
13) Port Dickson , Negeri Sembilan
14) Tampin, Negeri Sembilan
15) Melaka
16) Butterworth, Pulau Pinang
17) Temerloh, Pahang
18) Bandar Pusat Jengka, Pahang
19) Jerantut, Pahang.


Perniagaan KLSB yang beroperasi di Kampung Datuk Keramat memulakan perniagaannya pada setiap hari, seperti :

Isnin – Khamis dan Sabtu : 6.30 pagi – 7.00 malam
Jumaat : 6.30 pagi – 12.30 tengahari
2.30 petang- 7.00 malam
Ahad : 6.30 pagi – 3.00 petang 

(^_____^)


Monday 16 May 2011

Galeri Produk KLSB

Antara produk yang di keluarkan oleh Keramat Lekor Sdn Bhd (KLSB)


KEROPOK  LEKOR

Lekor Kecil 50 Batang / Bundle


Lekor Kecil Siap Potong 55pcs / 33pcs


Lekor Besar 30 Batang / bundle
Crispy Spicy 50pcs / 25 pcs
Crispy Hot & Spicy 50pcs / 25pcs
Crispy 100 pcs / Bundle
Original Crispy 200pcs / bundle 
Paket 10¢ ( 50 pcs )
Paket 20¢ ( 35 pcs )



KEROPOK  KERING  - IKAN TAMBAN

Lidah Ayam Kotak / Kg
Syiling Kecil Kotak / Kg
Cekedis Kotak / Kg


Tamban Bulat 10kg / Bag
Tamban Beluru 10kg / Bag
Syiling Besar Kotak / Bag


KEROPOK  KERING  - IKAN PARANG

Parang Panjang 10 Kg / Bag
Parang Bulat 10 Kg / Kotak














Sumber Produk

Hampir semua produk yang di gunakan di Keramat Lekor Sdn Bhd adalah dikeluarkan oleh kilang kepunyaan pemilik sendiri iaitu ANM FOOD INDUSTRIES SDN BHD. Modal operasi kira-kira RM300,000.00 telah dikeluarkan sendiri oleh pemilik untuk membangunkan kilang yang sedia ada ini.

Terdapat lebih 20 jenis keropok dari pelbagai hasil-hasil laut yang dikeluarkan oleh kilang ini seperti keropok lekor kecil, lekor besar, crispy, original crispy (O.C), Oc King, keropok nipis dan banyak lagi . Sumber bahan mentah diperolehi dari pengeluar-pengeluar yang besar yang terletak di serata Semenanjung Malaysia adalah bersih dan segar.

Peningkatan jumlah permintaan produk yang mendadak buat masa ini menyebabkan kilang yang terletak di Subang ini sudah tidak dapat menampung jumlah permintaan, pekerja dan peralatan. Permintaan yang terlalu tinggi adalah satu faktor utama mengapa kilang yang lebih luas diperlukan. Waktu operasi juga telah di lanjutkan kepasa 2 shift untuk menampung masalah ini tetapi tidak berjaya juga memenuhi permintaan.  

Latar Belakang Syarikat


SYARIKAT AHMAD NUSI BIN MAMAT (ANM) mula beroperasi pada tahun 1991 sehingga Oktober 2004. Ia bermula dari perniagaan secara kecil-kecilan di mana semua kerja-kerja dilakukan oleh Ahmad Nusi Bin Mamat sendiri iaitu pemilik Syarikat Ahmad Nusi Bin Mamat ( ANM ) pada masa itu.

Bidang perniagaan yang diceburinya, Pemborong dan Pembekal Keropok Lekor Terengganu Asli iaitu menjual pelbagai jenis keropok seperti keropok lekor, keropok nipis, keropok kering dan pelbagai jenis makanan hasil laut yang di bawa terus dari Terengganu setiap hari. Setelah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan yang serba mencabar ini dan persaingan yang hebat, SYARIKAT AHMAD NUSI BIN MAMAT telah mengorak langkah dengan menubuhkan KERAMAT LEKOR SDN BHD ( 671664 – D ).

Ia ditubuhkan pada Oktober 2004 dan mula beroperasi pada Januari 2005 bersama-sama 2 orang rakan kongsi iaitu Ahmad Nusi Bin Mamat dan Norazah Binti Badarudin yang bertujuan untuk merealisasikan impian dan menaikkan nama syarikat dengan produk yang lebih berkualiti, perjalanan kerja yang lebih sistematik dan pekerja yang lebih produktif.

Kini, KERAMAT LEKOR SDN BHD ( KLSB ) mempunyai 17 orang pekerja tetap dan 11 orang secara kontrak. Memandangkan perniagaan ini berpotensi tinggi untuk berjaya dan mampu memasuki pasaran yang lebih besar, KLSB telah menggunakan strategi pemasaran dengan memberi peluang kepada agen-agen menubuhkan perniagaan mereka secara francais.
Agen-agen yang berpotensi dan berkomitmen tinggi di dalam perniagaan ini akan dilantik mengikut kesesuaian tempat ( strategik dan berpotensi untuk di majukan ), komitmen yang tinggi terhadap perniagaan dan tidak mudah berputus asa.
Antara kemudahan yang diberikan adalah keperluan domestik perniagaan seperti motosikal, banner,tong penghantaran,payung dan lain-lain serta khidmat nasihat dan strategi pemasaran. Sehingga kini, KLSB telah mempunyai 22 franchisers yang telah berjaya di dalam perniagaan ini yang terletak hampir di seluruh Semenanjung Malaysia. Bagi melicinkan proses penghantaran barangan, terdapat lebih kurang 20 buah kenderaan syarikat di gunakan untuk kemudahan pengangkutan bagi setiap kawasan iaitu 4 buah lori, sebuah van, sebuah kereta dan beberapa motosikal.

Dengan adanya kemudahan ini, proses penghantaran barang kepada pelanggan dapat dilakukan dengan lebih cepat dan sistematik. KLSB amat prihatin dengan kebajikan setiap kakitangannya. Kakitangan dilatih dan diberi suntikan semangat serta nasihat supaya berinisiatif untuk membuka perniagaannya sendiri satu hari nanti.

Mereka juga boleh menambahkan pendapatan masing-masing selepas waktu bekerja dengan membuat perniagaan sendiri seperti memasuki perniagaan pasar malam.