Monday 16 May 2011

Latar Belakang Syarikat


SYARIKAT AHMAD NUSI BIN MAMAT (ANM) mula beroperasi pada tahun 1991 sehingga Oktober 2004. Ia bermula dari perniagaan secara kecil-kecilan di mana semua kerja-kerja dilakukan oleh Ahmad Nusi Bin Mamat sendiri iaitu pemilik Syarikat Ahmad Nusi Bin Mamat ( ANM ) pada masa itu.

Bidang perniagaan yang diceburinya, Pemborong dan Pembekal Keropok Lekor Terengganu Asli iaitu menjual pelbagai jenis keropok seperti keropok lekor, keropok nipis, keropok kering dan pelbagai jenis makanan hasil laut yang di bawa terus dari Terengganu setiap hari. Setelah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan yang serba mencabar ini dan persaingan yang hebat, SYARIKAT AHMAD NUSI BIN MAMAT telah mengorak langkah dengan menubuhkan KERAMAT LEKOR SDN BHD ( 671664 – D ).

Ia ditubuhkan pada Oktober 2004 dan mula beroperasi pada Januari 2005 bersama-sama 2 orang rakan kongsi iaitu Ahmad Nusi Bin Mamat dan Norazah Binti Badarudin yang bertujuan untuk merealisasikan impian dan menaikkan nama syarikat dengan produk yang lebih berkualiti, perjalanan kerja yang lebih sistematik dan pekerja yang lebih produktif.

Kini, KERAMAT LEKOR SDN BHD ( KLSB ) mempunyai 17 orang pekerja tetap dan 11 orang secara kontrak. Memandangkan perniagaan ini berpotensi tinggi untuk berjaya dan mampu memasuki pasaran yang lebih besar, KLSB telah menggunakan strategi pemasaran dengan memberi peluang kepada agen-agen menubuhkan perniagaan mereka secara francais.
Agen-agen yang berpotensi dan berkomitmen tinggi di dalam perniagaan ini akan dilantik mengikut kesesuaian tempat ( strategik dan berpotensi untuk di majukan ), komitmen yang tinggi terhadap perniagaan dan tidak mudah berputus asa.
Antara kemudahan yang diberikan adalah keperluan domestik perniagaan seperti motosikal, banner,tong penghantaran,payung dan lain-lain serta khidmat nasihat dan strategi pemasaran. Sehingga kini, KLSB telah mempunyai 22 franchisers yang telah berjaya di dalam perniagaan ini yang terletak hampir di seluruh Semenanjung Malaysia. Bagi melicinkan proses penghantaran barangan, terdapat lebih kurang 20 buah kenderaan syarikat di gunakan untuk kemudahan pengangkutan bagi setiap kawasan iaitu 4 buah lori, sebuah van, sebuah kereta dan beberapa motosikal.

Dengan adanya kemudahan ini, proses penghantaran barang kepada pelanggan dapat dilakukan dengan lebih cepat dan sistematik. KLSB amat prihatin dengan kebajikan setiap kakitangannya. Kakitangan dilatih dan diberi suntikan semangat serta nasihat supaya berinisiatif untuk membuka perniagaannya sendiri satu hari nanti.

Mereka juga boleh menambahkan pendapatan masing-masing selepas waktu bekerja dengan membuat perniagaan sendiri seperti memasuki perniagaan pasar malam.






5 comments:

  1. Mcm mne cara nk berhubung dgn syarikat tuan, bole saya dapat alamat di ipoh ataupun no telefon syarikat tuan.

    ReplyDelete
  2. Minta no telefon untuk berhubung dengan syarikat tuan..saya di kawasan kedah

    ReplyDelete
  3. Minta no tel untuk maklumat lanjut

    ReplyDelete
  4. minta no telefon agen tg mlim..

    ReplyDelete
  5. Halo, saya Helena Julio dari Ecuador, saya ingin berbincang dengan baik mengenai Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian mengenai topik ini. Perkhidmatan Pembiayaan FundingLe_Meridian memberi saya sokongan kewangan ketika semua bank di kota saya menolak permintaan saya untuk memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD, Saya cuba semua yang saya dapat untuk mendapatkan pinjaman dari bank saya di sini di Ecuador tetapi mereka semua menolak saya kerana kredit saya rendah tetapi dengan rahmat tuhan saya mengetahui tentang Le_Meridian jadi saya memutuskan untuk mencuba untuk memohon pinjaman. dengan Insyaallah mereka memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD permintaan pinjaman yang bank saya di sini di Ecuador telah memalingkan saya kerana, ia benar-benar hebat melakukan perniagaan dengan mereka dan perniagaan saya berjalan lancar sekarang. Berikut ialah Penyertaan E-mel Le_Meridian Pelaburan / WhatsApp Hubungi jika anda ingin memohon pinjaman dari mereka.Email:lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.comWhatsApp Hubungi: + 1-989-394-3740.

    ReplyDelete